Sebelum membuat keputusan untuk membeli beg tangan, amat perlu bagi anda untuk mengetahui istilah yang digunakan oleh para penjual dan kilang-kilang yang membuat beg tangan. Pengetahuan ini amat penting untuk mengelakkan anda 'misunderstood' atau berlaku salah faham di antara anda dan penjual.
Di dalam industri beg tangan, bahan yang digunakan untuk membuat beg tangan adalah pelbagai jenis mengikut sesuatu brand dan kehendak pengguna. Oleh itu, istilah/terms yang digunakan juga banyak mengikut bahan/material yang digunakan.
Secara umumnya, industri beg tangan menggunakan kulit asli, kulit tiruan dan kain fabrik untuk membuat beg.
1. Kulit Asli / Genuine Leather juga dipanggil:
100% genuine leather, genuine leather, leather, suede leather, suede, patent leather, glazed leather, pebbled leather, grainy leather etc.
2. Kulit Tiruan juga dipanggil:
synthetic leather, faux leather, leather-like, pvc, plastic, synthetic patent leather etc.
3. Kain Fabrik juga dipanggil:
fabric, canvas etc.
Penerangan mengenai jenis kulit dan sifat-sifatnya akan dikupas dalam artikel yang selanjutnya di masa hadapan.
*credit primo chic
1 comment:
I would like to know how to purchase this bag? Call or text anytime. (702)812-6519
Post a Comment